Tarikh : 14 Jan 2017
Masa : Jam 9 am - 1 pm
Tempat : Pi1M Kg Pelangi
Peserta : 10 Orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang usahawan dalam bidang perniagaan yang ingin menambah pendapatan sampingan. Ia juga bertujuan untuk menarik minat usahawan datang ke Pi1M untuk menimba ilmu yang berkaitan dengan ICT dan satu aplikasi Dashboard.

 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan asas Microsoft Office Word. Peserta diajar menerokai perisian yang terdapat dalam Microsoft Office Word. Selain itu, peserta juga diajar menaip, memuat gambar dengan menggunakan Clip Art, memasukkan kotak dan sebagainya. Peserta yang terlibat dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka melalui kelas ini dan boleh menambahbaik.