SELAMAT DATANG KE PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA   KG PELANGI 

 

BeautyPlus 20160906074605 fast 

 

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MSD Digital Intelligence di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada perkhidmatan dan merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar.

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar, untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.

Objektif penubuhan PI1M adalah seperti berikut;-

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI1M.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

Maka itu,  PI1M Kampung Pelangi telah diwujudkan pada tahun 2016 yang terletak di kawasan berhampiran dengan SESB dan perumahan kampung Pelangi , Kinabatangan untuk memberi kemudahan perkhidmatan capaian internet kepada masyarakat setempat. Disamping itu, latihan ICT dijalankan bagi melahirkan masyarakat setempat yang celik ICT dan usahawan online menerusi program Kisah Kejayaan.

 

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian komuniti setempat, kemudahan IT seperti 10 buah komputer dan perisian, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh penolong pengurus.

 

Penggunaan PI1M adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Pengguna digalakkan untuk mendaftar RM5 sebagai ahli PI1M bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.