SEJARAH SEPANDAN KG PELANGI KINABATANGAN

 

Daerah Kinabatangan telah menyaksikan pelbagai perubahan dalam sejarah kewujudannya. Menurut sumber tertentu, Kuala Kinabatangan mula berkembang selepas diduduki oleh kaum Sungai, Suluk dan Simunol sebelum 1881. Syarikat Berpiagam Borneo Utara secara rasminya menjadikan Kinabatangan sebagai daerah pentadbiran pada 1905. Pusat pentadbiran pada ketika itu adalah di Lamag. Pemindahan pusat  pentadbiran ini ke Bukit Garam dan akhirnya ke pekan Kota Kinabatangan berlaku ekoran banjir yang sering melanda.

Pekan Kota Kinabatangan yang merupakan pusat pentadbiran daerah ini terletak di kawasan strategik berhampiran jalan raya utama yang menghubungi pantai timur dan barat Sabah. Pada masa ini, Kota Kinabatangan masih bergantung kepada daerah Sandakan dan Lahad Datu untuk keperluan sosio ekonomi dan sebagainya. Daerah Kinabatangan, kini dihuni oleh lebih 80 000 orang penduduk .

Daerah Kinabatangan merupakan Parlimen 187 Kinabatangan di bawah Kepimpinan YB. Datuk Bung Moktar Bin Haji Radin. Pekan Kinabatangan juga terletak di bawah Dun N. 47 Kuamut dengan kepimpian YB Datuk Masiung Banah. Pusat pentadbiran daerah Kinabatangan terletak di Pekan Kota Kinabatangan atau dikenali sebagai SEDCO. Sektor IKS terdiri daripada pekebun, penanaman sawit, peruncit dan lain-lain lagi. Pekan Kinabatangan boleh dihubungkan dengan menggunakan jalanraya dari Sandakan, Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Tawau.

Kota Kinabatangan bakal menjadi kawasan tumpuan petempatan dan ekonomi utama daerah. Tanah-tanah sekitarnya telahpun diperuntukkan untuk pembinaan infrastruktur seperti Balai Bomba, perkembangan hospital, kawasan perumahan terancang, masjid daerah dan Taman Hutan Simpan yang dirancang di tengah-tengah pekan. Usaha pembangunan ini sedang giat dijalankan.